Saturday, August 31, 2013
MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA
Majlis Berbuka Puasa Perdana anjuran Kelab Guru Dan Staf SK Bandar Baru Selayang 2 (KKGS) telah diadakan pada hari Khamis 1 Ogos 2013 jam 7.30 petang bertempat di Kantin SK Bandar Baru Selayang 2. Antara jemputan yang turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YDP dan AJK PIBG bagi sesi 2013, serta seluruh ahli keluarga guru dan kakitanganSK Bandar Baru Selayang 2. Majlis dimulakan dengan program bacaan Yaasin dan Tahlil serta Solat Maghrib dan Sunat Tarawikh yang telah diimankan oleh Tn Hj Hamdan Bin Sihab YDP PIBG SKBBS2 dan Ustaz Mohd Ehwan Bin Sarwani. Jamuan yang serba ringkas tetapi meriah telah disediakan dan disumbangkan oleh setiap warga KKGS. Majlis berakhir jam 10.00 malam dengan jamuan moreh bersama tetamu yang hadir.
KIDZANIA
Pada hari Rabu, 24 Julai 2014 pihak Kidzania telah datang ke SKBBS2. Pelbagai aktiviti di adakan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang kerjaya.
KURSUS FROG VLE
Kursus pengenalan FROG VLE ( Vitue Learning Envinronment ) telah diadakan di Makmal Komputer Sk Bandar Baru Selayang 2. Kursus yang dianjurkan adalah untuk memberi tunjuk cara pembinaan laman web pendidikan (Education Web) berasaskan FROG VLE untuk pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan ibu bapa.
MARI BELAJAR ORIGAMI
Demo Seni Origami telah diadakan di Dataran Perhimpunan Sk Bandar Baru Selayang 2. Program yang dianjurkan oleh pihak sekolah telah menarik minat keseluruhan warga SK Bandar Baru Selayang 2 dan bertujuan untuk menunjukkan kreativiti yang boleh dihasilkan melalui kertas. Pelbagai aktiviti teknik gubahan menggunakan kertas yang dipotong dan dibentuk dengan pelbagai objek yang menarik dan bewarna-warni. Program Seni Origami telah dihoskan oleh tetamu jemputan luar yang dibawa khas untuk warga SK Bandar Baru Selayang 2.
Sunday, July 14, 2013
Tuesday, July 2, 2013
PAMERAN BERTEMA: JOURNEY INTO SPACE
Sempena Bulan Membaca Kebangsaan setiap bulan Julai,PSS menganjurkan pameran bertema "Journey Into Space" anjuran bersama dengan panitia sains. Tema bulan membaca 2013 ialah"ilmu menjana definisi". Antara maklumat sistem planet ialah:
Bumi ini unik dalam system suria kerana
dua sebab ia mempunyai air dipermukaannya, dan ia menampung hidupan.
Kedua-duanya bergantung antara satu sama lain. Tanpa air, tumbuh-tumbuhan tidak
akan dapat hidup, tanpa tumbuh-tumbuhan oksigen tidak akan dapat dibebaskan ke
atmosfera karbon dioksida awal untuk membentuk udara bagi disedut oleh haiwan. Bumi
pernah mengalami beberapa Zaman Air Batu, dan zaman ini yang terakhir berlaku
beribu-ribu tahun lepas.Ia mungkin terjadi kerana berlakunya perubahan bentuk
orbit bumi dan kemiringan paksinya. Pada masa ini,terdapat musim panas dan musim
sejuk. Bagaimanapun, perubahan yang terjadi kepada orbit dan kemiringan Bumi
boleh menyebabkan suhu tidak berubah dan salji musim sejuk tidak akan cair
dalam musim panas. Sebaliknya,air batu akan memantulkan sinaran matahari ke
angkasa. Ini menyebabkan suhu semakin menurun dan suatu Zaman Air Batu akan
bermula.
FAIL DATA BUMI
Garis
pusat
|
12
756 km
|
Jisim
|
5.9 ribu billion billion tan
|
Ketumpatan
|
5.5 (air=1)
|
Jarak
Minimum Dengan Matahari
|
147 juta km
|
Jarak
Maksimum dengan Matahari
|
152 juta km
|
Siang/Malam
|
24 jam
|
Jangka
masa setahun
|
365 hari 5jam
|
Kemiringan
paksi
|
23°27’
|
Tempoh
pusingan sebenar
|
23 jam 56 minit
|
Suhu
maksimum
|
58°C
|
Suhu
minimum
|
-89°C
|
Satelit
|
1
|
Planet Marikh
bersinar amat terang apabila berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi,
sambil bergerak dengan pantas di hadapan bintang-bintang. Ia berwarna merah
tua. Tidak sampai seabad yang lalu, banyak orang percaya akan kewujudan makhluk
planet Marikh.
Marikh ialah planet
batuan yang paling luar. Suatu jarak yang luas,iaitu kira-kira dua kali garis
pusat orbitnya sendiri, memisahkan Marikh daripada Jupiter. Kebanyakan
asteroid, atau planet minor, didapati di ruang ini.
Lebih kurang 4 ribu
juta tahun dahulu, Marikh mungkin mempunyai permukaan yang sesuai bagi
membolehkan air mengalir di sungai-sungai di permukaannya. Phobos, bulan
dalaman Marikh, mengelilingi planet ini tiga kali ketika Marikh berpusing pada
paksinya sekali. Ini bermakna bulan phobos lebih singkat daripada hari Marikh.
Valles Marineris
ialah system ngarai yang besar yang memanjang sehingga 4000km di sepanjang
permukaan Marikh. Di sesetengah tempat, ngarai ini 6km dalamnya.
FAIL DATA MARIKH
Garis
pusat
|
6787
km
|
Jisim
|
0.11 X Bumi
|
Ketumpatan
|
3.9 (air=1)
|
Jarak
Minimum Dengan Matahari
|
206 juta km
|
Jarak
Maksimum dengan Matahari
|
249 juta km
|
Siang/Malam
|
24 jam 37 minit
|
Jangka
masa setahun
|
687 hari bumi
|
Kemiringan
paksi
|
25°12’
|
Graviti
permukaan
|
0.38 X bumi
|
Suhu
|
-110°C hingga 0°C
|
Satelit
|
2
|
Musytari merupakan planet yang terbesar
dalam sistem suria- saiznya terlalu besar sehingga semua planet dalam Sistem
Suria boleh disumbatkan ke dalamnya. Ia juga berputar lebih pantas daripada
planet-planet lain, dan dengan itu temoh hariannya kurang daripada 10 jam.
Musytari terdiri daripada kira-kira 90% hidrogen dan 10% helium, serta
unsur-unsur lain yang amat kecil jumlahnya. Terasnya tentulah lebih panas
daripada permukaan Matahari, tetapi awan yang terdedah di angkasanya amat
sejuk.
Gelang di
sekeliling Musytari berukuran kira-kira 6500km lebar dan 30 km tebal. Ia
dikelilingi oleh halo selebar 20 000 km yang kabur. Bulatan ini terdiri
daripada zarah-zarah yang berukuran kira-kira 0.01 mm.Suatu lagi bulatan zarah
sulfur terdapat di orbit Io.
FAIL DATA MUSYTARI
Garis
pusat
|
142
800 km (Garisan Khatulistiwa)
|
Jisim
|
318 X Bumi
|
Ketumpatan
|
1.3 (air=1)
|
Jarak
Minimum Dengan Matahari
|
741 juta km
|
Jarak
Maksimum dengan Matahari
|
816 juta km
|
Siang/Malam
|
9 jam 50 minit
|
Jangka
masa setahun
|
11.9 tahun Bumi
|
Kemiringan
paksi
|
3°
|
Graviti
permukaan
|
2.7 X bumi
|
Suhu
|
-150°C
|
Satelit
|
16 yang diketahui
|
Utarid ialah planet yang terletak paling
terkedalam. Ia merupakan planet mati, tidak mempunyai udara , dan berpusar di
angkasa dalam silauan Matahari yang amat kuat. Sebuah kapal angkasa yang pernah
melawatnya ialah Mariner 10 pada tahun 1974,dan mengambil gambar sebahagian
daripada planet tersebut. Pada waktu siang, yang bersamaan kira-kira tiga bulan
masa di Bumi, planet ini amat panas sehingga raksa mengalir seperti air di
celah-celah batu-batannya. Tetapi pada waktu malam,permukaan planet ini lebih
sejuk daripada Musytari yang berais.
Utarid ialah planet kedua terkecil
selepas Pluto. Ia juga lebih kecil daripada dua satelit, iaitu satelit
Musytari, Ganymede, dan satelit Zuhal, Titan.
FAIL DATA UTARID
Garis
pusat
|
4880 km
|
Jisim
|
0.06 x Bumi
|
Ketumpatan
|
5.4 (air=1)
|
Jarak
Terdekat Dengan Matahari
|
45.9 juta km
|
Jarak
Terjauh dengan Matahari
|
69.7 juta km
|
Jarak
Terdekat Dengan Bumi
|
45 juta km
|
Siang/Malam
|
176 hari bumi
|
Jangka
masa setahun
|
88 hari bumi
|
Kemiringan
paksi
|
0°0°
|
Graviti
permukaan
|
0.38x bumi
|
Suhu
|
-185°C hingga 430°C
|
Satelit
|
0
|
Uranus ditemui oleh William Herschel
(1738-1822), ahli muzik Jerman yang menetap di Bath, England dan berminat dalam
bidang astronomi. Pada tahun 1781 semasa dia sedang meneropong ke angkasa dengan teropong yang dibuatnya
sendiri, dia terlihat satu “bintang” yang berbentuk seperti cakera. Penemuan
ini menyebabkan Herschel mendapat pengiktirafan diraja.
Uranus mempunyai
banyak gelang-sembilan yang besar beserta banyak gelang yang tidak berapa jelas.
Ia terbentuk daripada batuan sepanjang kira-kira satu meter, serta sedikit ais
dan debu. Sesetengah gelang Uranus dibentuk dan dikawal oleh bulan-bulan
gembala yang mengorbit di sisinya.
FAIL DATA URANUS
Garis
pusat
|
51
000 km (Garisan Khatulistiwa)
|
Jisim
|
14.5 X Jisim Bumi
|
Ketumpatan
|
1.3 (air=1)
|
Jarak
Minimum Dengan Matahari
|
2.74 bilion km
|
Jarak
Maksimum dengan Matahari
|
3.01 bilion km
|
Siang/Malam
|
17 jam 14 minit
|
Jangka
masa setahun
|
84 hari bumi
|
Graviti
permukaan
|
0.93 X bumi
|
Suhu
|
-200°C
|
Satelit
|
15
|
Zuhal dikenali sebagai planet bergelang.
Zuhal berpusing dengan lebih pantas sehingga bahagian khatulistiwanya dapat
dilihat terbonjol keluar. Ini menyebabkan planet ini kelihatan penyek. Bonjol
itu terjadi akibat daya empar.Zuhal mempunyai lebih banyak bulan jika
dibandingkan dengan planet-planet yang lain. Bulan-bulan planet ini termasuklah
bulan kedua terbesar dalam sistem suria. (Titan, lebarnya garis 5150 km), dan
bulan kedua terkecil Pan,yang lebarnya 20km, iaitu lebih besar sedikit daripada
bulan Deimos di planet Marikh. Titan merupakan satu-satunya bulan di sistem
suria yang mempunyai atmosfera yang tebal, dan ia menjadi sasaran utama bagi
misi Cassini yang akan datang.Phoebe ialah bulan terjauh planet ini yang
mengorbit pada jarak 13 juta km.
FAIL DATA ZUHAL
Garis
pusat
|
120
000 km (Garisan Khatulistiwa)
|
Jisim
|
95
X Bumi
|
Ketumpatan
|
0.7 (air=1)
|
Jarak
Minimum Dari Matahari
|
1.35 bilion km
|
Jarak
Maksimum Dari Matahari
|
1.51 bilion km
|
Jarak
Minimum Dari Bumi
|
1.20 bilion km
|
Siang/Malam
|
10 jam 14 minit
|
Jangka
masa setahun
|
29.5 tahun bumi
|
Kemiringan
paksi
|
26° 42’
|
Graviti
permukaan
|
1.2 X bumi
|
Zuhrah ialah planet yang berbatu-batan yang
tandus dan lebih panas daripada Utarid. Planet ini dikelilingi atmosfera yang
mengandungi karbon dioksida yang melemaskan dan yang lebih tumpat daripada
air.Titisan asid sulfurik gugur di
permukaan planet ini daripada awan yang sentiasa berwarna jingga suram.
Ciri-cirinya seperti gunung, kawah dan gunung berapi telah dikesan oleh radar kapal
angkasa-yang merupakan satu-satunya kaedah bagi menyiasat awan tebal itu.
Walaupun keadaan
permukaannya amat berbeza, Zuhrah hampir sama saiznya dengan bumi. Zuhrah amat
panas kerana atmosferanya yang tebal itu amat berkesan dalam menampung haba
matahari.
FAIL DATA ZUHRAH
Garis
pusat
|
12 104 km
|
Jisim
|
0.82 x Bumi
|
Ketumpatan
|
5.2 (air=1)
|
Jarak
Terdekat Dengan Matahari
|
108 juta km
|
Jarak
Terjauh dengan Matahari
|
109 juta km
|
Jarak
Terdekat Dengan Bumi
|
42 juta km
|
Siang/Malam
|
117 hari bumi
|
Jangka
masa setahun
|
225 hari bumi
|
Kemiringan
paksi
|
12°42’
|
Graviti
permukaan
|
0.90x bumi
|
Suhu
|
480°C
|
Satelit
|
0
|
Neptun ditemui pada tahun 1846 kerana
kesan tarikan gravitinya ke atas Uranus. Atmosferanya yang terdiri daripada gas
metana berwarna biru dan cerah itu kelihatan terang dan sejuk (ia mempunyai
suhu-210°C).Tetapi Voyager 2 mendapati bahawa terdapat angina yang bergerak
pantas di atmosfera Neptun pada kelajuan 2200 km/jam,yang merupakan angin
paling ganas dalam sistem suria. Angin itu bergerak pada arah yang berlainan
dengan arah pusingan planetini.Satelit terbesar Neptun, Triton, juga
menakjubkan- di samping merupakan daratan tersejuk dalam sistem suria,ia juga
mempunyai kumpulan gas yang meletus ke angkasa.
Gas metana yang
memantulkan cahaya biru dengan baik dapat mewujudkan warna yang terang pada
Neptun. Tiga gelang yang lebih cerah dikenali sebagai Galle, Adams dan
Leverrier, iaitu sempena nama tiga tokoh yang terlibat dalam penemuan Neptun.
FAIL DATA NEPTUN
Garis
pusat
|
49
500 km (Garisan Khatulistiwa)
|
Jisim
|
17.2 X
Bumi
|
Ketumpatan
|
1.8 (air=1)
|
Jarak
Minimum Dari Matahari
|
4.46 bilion km
|
Jarak
Maksimum Dari Matahari
|
4.54 bilion km
|
Siang/Malam
|
17 jam 6 minit
|
Jangka
masa setahun
|
165 hari bumi
|
Kemiringan
paksi
|
29° 36’
|
Graviti
permukaan
|
1.2 X bumi
|
Suhu
|
-210°C
|
Satelit
|
8
|
SOALAN KUIZ "TREASURE HUNT-JOURNEY INTO SPACE"
Nama: ___________________________________ Tahun : __________
Jawab soalan-soalan di bawah
berpandukan nama-nama planet yang di beri.
Uranus
Utarid Neptun Zuhal
Zuhrah
Musytari Bumi Marikh
A.
Tuliskan nama-nama planet mengikut turutan bermula daripada yang paling
hampir dengan
matahari.
1.______________________
2.______________________
3.______________________
4.______________________
5.______________________
6.______________________
7.______________________
8.______________________
B.
Tuliskan nama planet berdasarkan kepada ciri / keistimewaannya.
1.
Planet apakah yang berputar pada sisinya seperti roda?
__________________________
2.
Planet ini merupakan planet yang paling cantik dalam Sistem Suria.
__________________________
3.
Planet ini sangat istimewa kerana satu-satunya planet yang ada hidupan.
Mempunyai air
dan udara.
__________________________
4.
Saya paling hampir dengan Bumi. Saya juga dikenali sebagai planet ‘KEJORA’.
__________________________
5.
Planet biru. Planet yang paling jauh dalam Sistem Suria.
__________________________
6.
Saya dikenali sebagai planet merah. Air di permukaan saya semuanya menjadi ais.
__________________________
7.
Planet apakah yang paling besar dalam Sistem Suria?
__________________________
8.
Mempunyai orbit yang paling kecil dan mengambil masa yang paling mengelilingi
matahari. Planet yang paling panas.
___________________________
9. Lukiskan sebuah kehidupan di planet bumi.
Subscribe to:
Posts (Atom)