MENGENAL MATAHARI DALAM SISTEM SURIA
Kejadian matahari merupakan hikmah
kepada manusia
Matahari merupakan
satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk
terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur
hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600
juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari
dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari
adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke
permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter
persegi setiap saat.
Matahari berputar
25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi.
Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000
kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang
komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan
satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan
gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin
suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi
daripada angin suria oleh medan magnet suriai,
sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan
inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada
matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan
hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan
mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi
bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu
mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
No comments:
Post a Comment