Page


Sunday, December 30, 2012

MEMBACA BERSAMA


MERANCANG AKTIVITI MEMBACA

I.

Membaca Bersama




A.

Pengenalan






Membaca bersama melibatkan guru dan murid membaca dan ulang membaca buku yang mempunyai teks bersaiz besar. Guru dan murid duduk bersama mengadap buku besar. Guru tunjuk tulisan dan membaca. Murid boleh ikut membaca bersama.




B.

Tujuan






Membaca bersama ialah satu langkah untuk membantu murid melihat bagaimana membaca. Murid membaca mengikut contoh guru.




C.

Hasil






Membaca bersama membentuk sikap positif kerana ;





1.
Seronok


2.
Membantu murid memahami buku


3.
Mengenalkan murid kepada pelbagai jenis bahan


4.
Memberi peluang kepada guru memberi contoh bacaan yang baik


5.
Melibatkan murid secara aktif


6.
Meransang imaginasi murid dan mencetus idea baru


7.
Menyediakan contoh teks yang baik untuk digunakan oleh murid


8.
Membolehkan guru meransang murid untuk bercakap


9.
Menggalakkan murid berinteraksi dengan teks dan visual


10.
Murid seronok membaca di dalam suasana yang tidak tertekan





D.

Sebelum Membaca







1.
Guru tentukan



-   apa yang hendak dibaca?



-   mengapa buku itu dipilih untuk dibaca?






2.
Pilih dua atau tiga buku besar supaya kanak-kanak biasa melihatnya






3.
Tentukan objektif sesi. Fokusnya mungkin isi kandungan atau strategi membaca.



-   satu cerita



-   satu topik



-   satu tema



-   pengarang



-   bahasa -  puisi, sastera, maklumat



-   strategi membaca






4.
Tentukan sebanyak mana hendak dibaca. Satu perenggan, satu bab, keseluruhan teks






5.
Galakkan murid



-   lihat



-   bercakap



-   berkongsi



-   meramal


6.
Letakkan buku di atas kayu pemidang supaya boleh dilihat






7.
Sekiranya murid belum pernah membaca teks, tunjukkan kulit buku dan bincang judul serta ilustrasi






8.
Minta murid mereka perkara yang akan dibaca






9.
Sediakan perkataan atau pengetahuan asas untuk membantu murid memahami teks.






10.
Beritahu murid tujuan membaca.



Hari ini kita membaca ;



-   supaya kita dapat cari perkataan berirama



-   kerana cerita ini cerita jenaka



-   untuk mengetahui mengenai katak bagi projek kita





E.

Semasa Membaca







1.
Baca teks sebaik mungkin dengan tidak berhenti bersoal jawab. Baca mengikut nada dan intonasi membaca yang betul. Baca sehingga habis.






2.
Ulang baca. Galakkan murid



-   membaca bersama





F.

Selepas Membaca







1.
Dapatkan buku yang sama, saiz biasa supaya murid dapat membaca semula



-   membaca sendiri






2.
Berbincang dengan rakan






3.
Menulis
-  inovasi teks




-  kerja projek







4.
Bentuk peta cerita






5.
Buat rumusan / laporan






6.
Tulis surat






7.
Mendengar kaset – teks yang telah dibaca






8.
Choral reading






9.
Drama, teater pembaca






Murid digalakkan menjalankan sesi membaca bersama sendiri


 


G.

Bahan







1.
Buku besar untuk membaca bersama






2.
Buku saiz biasa untuk membaca sendiri






3.
Fiksyen



-   jalan cerita yang jelas



-   ilustrasi yang menarik dan dapat membantu teks



-   bahasa berirama, berulang



-   cerita tiada penamat (circle stories)






4.
Bukan fiksyen



-   format yang jelas untuk membantu penulisan



-   terdapat tajuk, subtajuk, muka surat, isi kandungan, indeks, bibliografi



-   rajah, graf, gambar foto, ilustrasi yang membantu teks





H.

Maklumat Kepada Ibu Bapa







Ibu bapa perlu diberitahu mengenai aktiviti membaca bersama. Ada baiknya ibu bapa tahu bagaimana aktiviti ini dijalankan dan mengapa dijalankan. Ibu bapa boleh diperkenalkan dengan aktiviti, dengan cara menjemput ibu bapa melihat sesi ini dijalankan di kelas. Guru boleh berbincang mengenai apa yang dipelajari oleh murid-murid dan proses yang dijalankan untuk murid-murid membaca.




I.

Membuat Buku Besar Untuk Bilik Darjah






1.

Buku besar akan digemari oleh pelajar








Ianya mempunyai banyak aktiviti yang berbeza bagi panduan membentuk buku ini. Aktiviti ini memerlukan pelajar berbincang, menulis, bercerita mengikut urutan yang betul dan mempersembahkan dalam teks yang asal. Aktiviti ini juga memerlukan pengetahuan am untuk menyampaikan teks baru yang lebih kreatif.






2.

Pengalaman Bahasa




 




Pelajar diberi peluang untuk melengkapi pembentukan buku besar dengan perkara yang mereka gemari semasa pembacaan bebas. Teks yang dibina boleh disokong dengan gambar atau lukisan. Bentuk teks yang dihasilkan boleh ditulis dalam bentuk rencana, contoh ;




 




-   menceritakan dengan panjang lebar mengenai sesuatu temasya




-   peraturan untuk membuat resepi, percubaan sains atau menyelesaikan        




    Masalah matematik




-   laporan mengenai haiwan atau pembelajaran mengenai serangga




 



3.

Bahan




 




-   kertas untuk melakar tulisan




-   kertas besar yang kosong (saiz 40 cm x 30 cm)




-   pensil warna atau pen




-   gambarajah (jika diperlukan)




 



4.

Langkah-langkah




 




-

Guru dan kanak-kanak berbincang penggunaan bahasa, menentukan bagaimana untuk ditulis / dirakam dan penyambungan pembinaan teks




 

 




-

Ulang dan sunting bersama. Guru menulis teks di atas kertas besar dan kanan-kanak melukis gambarajah atau menambah lakaran di mana-mana yang patut




 

 




-

Mempamerkan muka surat itu, dalam urutan seperti carta atau lukisan supaya ia boleh digunakan bersama dalam pembacaan sehingga kanak-kanak menjadi biasa dengan teks itu




-

Untuk membuat buku, kumpulkan muka surat ikut turutan dan tambah kulit hadapan untuk ditulis nama pengarang, muka surat bersama isi kandungan dan apa sahaja yang berkaitan




 

 




-

Baca semula buku secara berulang-ulang (kerap kali) dan tinggalkan kepada kanak-kanak untuk dibaca




 

 




-

Buat banyak salinan dalam saiz buku untuk perpustakaan kelas




 

 


J.

Penerangan Teks




 

 



1.

Selepas kanak-kanak membaca teks bukan fiksyen dan catat dalam bahasa yang berbeza mengikut struktur dan penerbitan yang digunakan dan panduan membentuk buku besar dengan format yang sama




 



2.

Bahan




-

kertas untuk lakaran tulisan




-

kertas kosong yang besar




-

pensil atau pen warna




-

gambarajah




 



3.

Langkah-langkah




-

Baca semua teks dengan menggunakan contoh




-

Bincang dan lukis jadual / carta mengikut kebiasaan yang dapat diperhatikan oleh kanak-kanak seperti isi kandungan muka surat, index,

bibliography dll




-

Semak muka surat isi kandungan dan gunakan garis panduan untuk 

membina buku besar dalam topik yang hampir sama seperti



 




                     Apa labah-labah kelihatan




                     Dimana labah-labah tinggal




 




-

Kanak-kanak membuat penyelidikan untuk mendapatkan penerangan di 

setiap perkara



-

Guru dan kanak-kanak bersama membentuk teks dari penyelidikan 

mereka. Ulang dan semak



-

Pindahkan penerangan dalam kertas besar dengan menggunakan saiz yang dicadangkan. Kanak-kanak boleh melakar teks yang sepadan




-

Pamerkan mengikut siri dalam carta dinding. Baca berulang kali dan bercakap mengenai bahasa yang digunakan dalam penerangan teks




 

 




-

Kumpulkan muka surat dan bina buku besar bersama. Bincangkan tempat, bentuk dan fungsi untuk disiarkan dalam berbagai kumpulan




 

 




 

 




 

 




 

 




 

 




 

 




 

 




 

 




 

 




 

 




 

 

II.

Membaca Kepada Kanak-kanak




 

 


A.

Pengenalan



 



Membaca kepada murid merupakan aktiviti yang sangat bernilai dan sepatutnya

menjadi program harian.Murid daripada semua peingkat umur akan dapat faedah mendengar buku dibacakan didalam suasana yang kondusif. Guru bolehmemilih buku yang dirasakan murid akan suka .Tujuan membaca ialah berkongsi teks untuk hiburan dan juga bagi tujuan pembelajaraan yang tertentu.


 


B.

Tujuan



 



Membaca kuat memberi peluang guru menentukan kecintaan kepada buku dan membawa murid menghayat bentuk bahasa narrative, puisi atau maklumat.



 


C.

Hasil



 



Membaca kepada murid akan membantu murid membentuk sikap positif melalui;



 



1.

Merangsang untuk membaca



2.

Merangsang imaginasi dan mencetus idea baru



3.

Membaca adalah satu keseronokan



4.

Contoh pembacaan yang baik



5.

Mengenal perkataan baru



6.

Mengenalkan pelbagai bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen



7.

Buku dan pengarang baru



 


D.

Sebelum membaca



 



Beritahu murid mengapa bahan dipilih.



 


E.

Semasa  membaca



 



1.

Jadikannya seronok



2.

Baca sehingga hahis



 


F.

Selepas membaca



 



1.

Galakkan murid



 

-   Bercakap



 

-   Berfikir



 

-   Berkongsi maklumat



 

-   Membanding



 



2.

Beri masa untuk membincang teks.



 



3.

Lihat semula teks.



 



4.

Beri teks kepada setiap murid supaya mereka dapat membaca sendiri.



 


G.

Bahan



 



1.

Buat kajian untuk menentukan tabiat membaca dan bahan yang digemari murid-   murid.



 



 

 



 

 



2.

Perkenalkan murid kepada pelbawgai bahan bacaan



 

-    Puisi



 

-    Cerpen



 

-    Cerita rakyat



 

-    Fiksyen sejarah/ sains



 

-    Artikel surat khabar/ majalah



 


H.

Maklumat Ibu Bapa



 



Ibu bapa digalakkan membaca kepada anak-anak. Sediakan pelbagai bahan bacaaan. Aktiviti membaca dirumah melibatkan seluruh keluarga (tiada televisyen).Anak-anak mengikut contoh orang disekelilingnya. Ibu bapa perlu memberi contoh yang baik.



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 

III

Membaca Berpandu



 


A.

Pengenalan



 



Membaca berpandu ialah aktiviti membaca yang membolehkan guru memehati kumpulan kecil (tidak lebih daripada 10 orang). Kumpulan ini membaca buku yang ditentukan oleh guru. Guru memberi soalan,perkara perbincangan dan panduan.



 


B.

Tujuan



 



1.     Membentuk keyakinan memdapatkan maklumat dari buku.



2.     Memudahkan perbincangan yang dapat membentuk kefahaman.



3.     Menggunakan bahan untuk kemahiaran membaca yang tertentu.



 


C.

Hasil



 



Guru dapat,



 



1.     Melihat strategi yang digunakan oleh murid



2.     Membantu murid membaca dengan tujuan



3.     Membantu murid membuat renungan



4.     Merangsang murid untuk membaca



5.     Melihat reaksi murid kepada teks



 


D.

Sebelum membaca



 



1.     Guru tentukan



        -     Apa yang hendak dibaca



        -     Mengapa dibaca



2.     Tentukan kumpulan untuk tujuan yang ditetapkan



3.     Tentukan objektif pembacaaan



4.     Pilih bahan bacaan yang sesuai



5.     Bincangkan tujuan membaca.Beri bahan kepada setiap ahli kumpulan



6.     Bincangkan  kulit buku dan judul



7.     Galakkan murid



        -     Lihat



        -     Bercakap



        -     Berkongsi



        -     Meramal



8.     Sediakan pengetahuan asas yang dapat membantu murid memahami teks.



 


E.

Semasa membaca



 



1.     Baca teks bersama/ sendiri mengikut objektif pembacaan



2.     Beri soalan dan murid membaca senyap untuk mencari jawapan. Murid yang



        dapat menjawab dahulu diminta membuat soalan seterusnya.



3.     Bincangkan teks melalui jawapan yang diberi



4.     Bincangkan bagaimana untuk memahami teks



5.     Bincangkan perasaan murid mengenai teks



6.     Baca semula teks



 


F.

Selepas membaca



 



1.     Buat renungan



2.     Bincang teks berpasangan



3.     Buat peta cerita,peta minda



4.     Cerita semula teks



5.     Kerja projek



6.     Choral reading



7.     Drama



8.     Dengar kaset mengenai teks



 


G.

Bahan



 



Buku yang digunakan dipilih  mengikut  kebolehan murid membaca dan minat mereka. Buku yang dipilih boleh memberi cabaran tetapi tidak terlalu sukar.Teks perlukan buku yang sebenar.



 


H.

Maklumat Ibu Bapa



 



Ibu bapa perlu di beri penerangan mengenai aktiviti membaca berpandu.Sekiranya tidak dapat memjempu  ibu bapa kesekolah,brosyer boleh disediakan untuk pengetahuan ibubapa.



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 

IV.

Membaca Sendiri



 


A.

Pengenalan



 



Kanak-kanak belajar membaca  dengan melihat orang lain membaca.Tujuan utama program mmbaca ialah untuk menghasilkan pembaca yang boleh membaca sendiri.Semua kanak-kanak dari awal lagi perlu diberi peluang membaca sendiri.



 


B.

Tujuan



 



Kanak-kanak boleh



 



1.     Berlatih dan membentuk keyakinan membaca.



2.     Mencuba,menilai cara mereka membaca dan belajar daripada kesalahan.



3.     Fokus kepada perkara yang meraka perlu latihan.



 


C.

Hasil



 



Memastikan kanak-kanak



 



1.     Ada masa untuk memilih buku.



2.     Ada peluang untuk membaca semula buku yang mereka suka semasa 



        membaca bersama  



3.     Boleh memilih jenis buku dan pengarang yang mereka minati



4.     Boleh belajar memilih teks mengikut kebolehan mereka.



 


D.

Sebelum menentukan



 



1.    Murid menentukan



       -     apa yang hendak dibaca



       -     mengapa membaca



 



2.    Peranan guru



       -     menyediakan masa untuk membaca (USSR)



       -     memastikan banyak bahan bacaan



       -     beri masa untuk murid memilih buku



3.    Galakkan murid



       -     melihat



       -     berfikir



       -     meramal

 

       -     menentukan bagaimana membaca



 


E.

Semasa membaca



 



1.     Baca teks.



2.     Murid perlu melihat guru juga membaca.



3.     Semua orang membaca.



 


F.

Selepas Membaca



 



1.     Buat renungan dan membuat catatan/ rekod dengan menghasilkan peta  



        minda. Aktiviti ini memerlukan murid melihat semula teks. 



2.     Berkongsi maklumat.



 



 



 


G.

Bahan



 



Bahan untuk membaca sendiri boleh dipinjam daripada pusat sumber sekolah. Guru memilih buku yang sesuai, beranika jenis dan mengikut tahap kebolehan murid membaca.



 


H.

Maklumat ibu bapa



 



Ibu bapa perlu memahami nilai sesi membaca sendiri dijalankan oleh semua ahli keluarga.



 



1.     Beri masa anak membaca sendiri tanpa diganggu.



2.     Beri pujian dan galakan dan luangkan masa untuk berbincang mengenai 



        Buku yang dibaca       



3.     Beri  buku sebagai hadiah.



4.     Galakkan anak-anak;



        -     Baca buku pengarang yang diminati.



        -     Pergi ke pepustakaan selalu.



        -     Baca sebelum tidur.



        -     Bertanya mengenai buku yang mereka baca.