Page


Saturday, August 31, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA

Majlis Berbuka Puasa Perdana anjuran Kelab Guru Dan Staf SK Bandar Baru Selayang 2 (KKGS) telah diadakan pada hari Khamis 1 Ogos 2013 jam 7.30 petang bertempat di Kantin SK Bandar Baru Selayang 2. Antara jemputan yang turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YDP dan AJK PIBG bagi sesi 2013, serta seluruh ahli keluarga guru dan kakitanganSK Bandar Baru Selayang 2. Majlis dimulakan dengan program bacaan Yaasin dan Tahlil serta Solat Maghrib dan Sunat  Tarawikh yang telah diimankan oleh Tn Hj Hamdan Bin Sihab YDP PIBG SKBBS2 dan Ustaz Mohd Ehwan Bin Sarwani. Jamuan yang serba ringkas tetapi meriah telah disediakan dan disumbangkan oleh setiap warga KKGS. Majlis berakhir jam 10.00 malam dengan jamuan moreh bersama tetamu yang hadir.





KIDZANIA

Pada  hari Rabu, 24 Julai 2014 pihak Kidzania telah datang ke SKBBS2. Pelbagai aktiviti di adakan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang kerjaya.
























KURSUS FROG VLE

Kursus pengenalan FROG VLE ( Vitue Learning Envinronment ) telah diadakan di Makmal Komputer Sk Bandar Baru Selayang 2. Kursus yang dianjurkan adalah untuk memberi tunjuk cara pembinaan laman web pendidikan (Education Web) berasaskan FROG VLE untuk pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan ibu bapa. 




MARI BELAJAR ORIGAMI


Demo Seni Origami telah diadakan di Dataran Perhimpunan Sk Bandar Baru Selayang 2. Program yang dianjurkan oleh pihak sekolah telah menarik minat keseluruhan warga SK Bandar Baru Selayang 2 dan bertujuan untuk menunjukkan kreativiti yang boleh dihasilkan melalui kertas. Pelbagai aktiviti teknik gubahan menggunakan kertas yang dipotong dan dibentuk dengan pelbagai objek yang menarik dan bewarna-warni. Program Seni Origami telah dihoskan oleh tetamu jemputan luar yang dibawa khas untuk warga SK Bandar Baru Selayang 2.







Tuesday, July 2, 2013

PAMERAN BERTEMA: JOURNEY INTO SPACE

Sempena Bulan Membaca Kebangsaan setiap bulan Julai,PSS menganjurkan pameran bertema "Journey Into Space" anjuran bersama dengan panitia sains. Tema bulan membaca 2013 ialah"ilmu menjana definisi". Antara maklumat sistem planet ialah:
Bumi ini unik dalam system suria kerana dua sebab ia mempunyai air dipermukaannya, dan ia menampung hidupan. Kedua-duanya bergantung antara satu sama lain. Tanpa air, tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat hidup, tanpa tumbuh-tumbuhan oksigen tidak akan dapat dibebaskan ke atmosfera karbon dioksida awal untuk membentuk udara bagi disedut oleh haiwan. Bumi pernah mengalami beberapa Zaman Air Batu, dan zaman ini yang terakhir berlaku beribu-ribu tahun lepas.Ia mungkin terjadi kerana berlakunya perubahan bentuk orbit bumi dan kemiringan paksinya. Pada masa ini,terdapat musim panas dan musim sejuk. Bagaimanapun, perubahan yang terjadi kepada orbit dan kemiringan Bumi boleh menyebabkan suhu tidak berubah dan salji musim sejuk tidak akan cair dalam musim panas. Sebaliknya,air batu akan memantulkan sinaran matahari ke angkasa. Ini menyebabkan suhu semakin menurun dan suatu Zaman Air Batu akan bermula.
FAIL DATA BUMI
Garis pusat
12 756 km
Jisim
5.9 ribu billion billion tan
Ketumpatan
5.5 (air=1)
Jarak Minimum Dengan Matahari
147 juta km
Jarak Maksimum dengan Matahari
152 juta km
Siang/Malam
24 jam
Jangka masa setahun
365 hari 5jam
Kemiringan paksi
23°27’
Tempoh pusingan sebenar
23 jam 56 minit
Suhu maksimum
58°C
Suhu minimum
-89°C
Satelit
1

Planet Marikh bersinar amat terang apabila berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi, sambil bergerak dengan pantas di hadapan bintang-bintang. Ia berwarna merah tua. Tidak sampai seabad yang lalu, banyak orang percaya akan kewujudan makhluk planet Marikh.
Marikh ialah planet batuan yang paling luar. Suatu jarak yang luas,iaitu kira-kira dua kali garis pusat orbitnya sendiri, memisahkan Marikh daripada Jupiter. Kebanyakan asteroid, atau planet minor, didapati di ruang ini.
Lebih kurang 4 ribu juta tahun dahulu, Marikh mungkin mempunyai permukaan yang sesuai bagi membolehkan air mengalir di sungai-sungai di permukaannya. Phobos, bulan dalaman Marikh, mengelilingi planet ini tiga kali ketika Marikh berpusing pada paksinya sekali. Ini bermakna bulan phobos lebih singkat daripada hari Marikh.
Valles Marineris ialah system ngarai yang besar yang memanjang sehingga 4000km di sepanjang permukaan Marikh. Di sesetengah tempat, ngarai ini 6km dalamnya.
FAIL DATA MARIKH
Garis pusat
6787 km
Jisim
0.11 X Bumi
Ketumpatan
3.9 (air=1)
Jarak Minimum Dengan Matahari
206 juta km
Jarak Maksimum dengan Matahari
249 juta km
Siang/Malam
24 jam 37 minit
Jangka masa setahun
687 hari bumi
Kemiringan paksi
25°12’
Graviti permukaan
0.38 X bumi
Suhu
-110°C hingga 0°C
Satelit
2

Musytari merupakan planet yang terbesar dalam sistem suria- saiznya terlalu besar sehingga semua planet dalam Sistem Suria boleh disumbatkan ke dalamnya. Ia juga berputar lebih pantas daripada planet-planet lain, dan dengan itu temoh hariannya kurang daripada 10 jam. Musytari terdiri daripada kira-kira 90% hidrogen dan 10% helium, serta unsur-unsur lain yang amat kecil jumlahnya. Terasnya tentulah lebih panas daripada permukaan Matahari, tetapi awan yang terdedah di angkasanya amat sejuk.
Gelang di sekeliling Musytari berukuran kira-kira 6500km lebar dan 30 km tebal. Ia dikelilingi oleh halo selebar 20 000 km yang kabur. Bulatan ini terdiri daripada zarah-zarah yang berukuran kira-kira 0.01 mm.Suatu lagi bulatan zarah sulfur terdapat di orbit Io.
FAIL DATA MUSYTARI
Garis pusat
142 800 km (Garisan Khatulistiwa)
Jisim
318 X Bumi
Ketumpatan
1.3 (air=1)
Jarak Minimum Dengan Matahari
741 juta km
Jarak Maksimum dengan Matahari
816 juta km
Siang/Malam
9 jam 50  minit
Jangka masa setahun
11.9 tahun  Bumi
Kemiringan paksi
Graviti permukaan
2.7 X bumi
Suhu
-150°C
Satelit
16 yang diketahui


Utarid ialah planet yang terletak paling terkedalam. Ia merupakan planet mati, tidak mempunyai udara , dan berpusar di angkasa dalam silauan Matahari yang amat kuat. Sebuah kapal angkasa yang pernah melawatnya ialah Mariner 10 pada tahun 1974,dan mengambil gambar sebahagian daripada planet tersebut. Pada waktu siang, yang bersamaan kira-kira tiga bulan masa di Bumi, planet ini amat panas sehingga raksa mengalir seperti air di celah-celah batu-batannya. Tetapi pada waktu malam,permukaan planet ini lebih sejuk daripada Musytari yang berais.
Utarid ialah planet kedua terkecil selepas Pluto. Ia juga lebih kecil daripada dua satelit, iaitu satelit Musytari, Ganymede, dan satelit Zuhal, Titan.
FAIL DATA UTARID
Garis pusat
4880 km
Jisim
0.06 x Bumi
Ketumpatan
5.4 (air=1)
Jarak Terdekat Dengan Matahari
45.9 juta km
Jarak Terjauh dengan Matahari
69.7 juta km
Jarak Terdekat Dengan Bumi
45 juta km
Siang/Malam
176 hari bumi
Jangka masa setahun
88 hari bumi
Kemiringan paksi
0°0°
Graviti permukaan
0.38x bumi
Suhu
-185°C hingga 430°C
Satelit
0


Uranus ditemui oleh William Herschel (1738-1822), ahli muzik Jerman yang menetap di Bath, England dan berminat dalam bidang astronomi. Pada tahun 1781 semasa dia sedang meneropong ke  angkasa dengan teropong yang dibuatnya sendiri, dia terlihat satu “bintang” yang berbentuk seperti cakera. Penemuan ini menyebabkan Herschel mendapat pengiktirafan diraja.
Uranus mempunyai banyak gelang-sembilan yang besar beserta banyak gelang yang tidak berapa jelas. Ia terbentuk daripada batuan sepanjang kira-kira satu meter, serta sedikit ais dan debu. Sesetengah gelang Uranus dibentuk dan dikawal oleh bulan-bulan gembala yang mengorbit di sisinya.
FAIL DATA URANUS
Garis pusat
51 000 km (Garisan Khatulistiwa)
Jisim
14.5 X Jisim Bumi
Ketumpatan
1.3 (air=1)
Jarak Minimum Dengan Matahari
2.74 bilion km
Jarak Maksimum dengan Matahari
3.01 bilion km
Siang/Malam
17 jam 14 minit
Jangka masa setahun
84 hari bumi
Graviti permukaan
0.93 X bumi
Suhu
-200°C
Satelit
15


Zuhal dikenali sebagai planet bergelang. Zuhal berpusing dengan lebih pantas sehingga bahagian khatulistiwanya dapat dilihat terbonjol keluar. Ini menyebabkan planet ini kelihatan penyek. Bonjol itu terjadi akibat daya empar.Zuhal mempunyai lebih banyak bulan jika dibandingkan dengan planet-planet yang lain. Bulan-bulan planet ini termasuklah bulan kedua terbesar dalam sistem suria. (Titan, lebarnya garis 5150 km), dan bulan kedua terkecil Pan,yang lebarnya 20km, iaitu lebih besar sedikit daripada bulan Deimos di planet Marikh. Titan merupakan satu-satunya bulan di sistem suria yang mempunyai atmosfera yang tebal, dan ia menjadi sasaran utama bagi misi Cassini yang akan datang.Phoebe ialah bulan terjauh planet ini yang mengorbit pada jarak 13 juta km.
FAIL DATA ZUHAL
Garis pusat
120 000 km (Garisan Khatulistiwa)
Jisim
95  X  Bumi
Ketumpatan
0.7 (air=1)
Jarak Minimum Dari Matahari
1.35 bilion km
Jarak Maksimum Dari Matahari
1.51 bilion km
Jarak Minimum Dari Bumi
1.20 bilion km
Siang/Malam
10 jam 14 minit
Jangka masa setahun
29.5 tahun bumi
Kemiringan paksi
26° 42’
Graviti permukaan
1.2 X bumi


Zuhrah ialah planet yang berbatu-batan yang tandus dan lebih panas daripada Utarid. Planet ini dikelilingi atmosfera yang mengandungi karbon dioksida yang melemaskan dan yang lebih tumpat daripada air.Titisan asid sulfurik  gugur di permukaan planet ini daripada awan yang sentiasa berwarna jingga suram. Ciri-cirinya seperti gunung, kawah dan gunung berapi telah dikesan oleh radar kapal angkasa-yang merupakan satu-satunya kaedah bagi menyiasat awan tebal itu.
Walaupun keadaan permukaannya amat berbeza, Zuhrah hampir sama saiznya dengan bumi. Zuhrah amat panas kerana atmosferanya yang tebal itu amat berkesan dalam menampung haba matahari.
FAIL DATA ZUHRAH
Garis pusat
12 104 km
Jisim
0.82 x Bumi
Ketumpatan
5.2 (air=1)
Jarak Terdekat Dengan Matahari
108 juta km
Jarak Terjauh dengan Matahari
109 juta km
Jarak Terdekat Dengan Bumi
42 juta km
Siang/Malam
117 hari bumi
Jangka masa setahun
225 hari bumi
Kemiringan paksi
12°42’
Graviti permukaan
0.90x bumi
Suhu
480°C
Satelit
0

Neptun ditemui pada tahun 1846 kerana kesan tarikan gravitinya ke atas Uranus. Atmosferanya yang terdiri daripada gas metana berwarna biru dan cerah itu kelihatan terang dan sejuk (ia mempunyai suhu-210°C).Tetapi Voyager 2 mendapati bahawa terdapat angina yang bergerak pantas di atmosfera Neptun pada kelajuan 2200 km/jam,yang merupakan angin paling ganas dalam sistem suria. Angin itu bergerak pada arah yang berlainan dengan arah pusingan planetini.Satelit terbesar Neptun, Triton, juga menakjubkan- di samping merupakan daratan tersejuk dalam sistem suria,ia juga mempunyai kumpulan gas yang meletus ke angkasa.
Gas metana yang memantulkan cahaya biru dengan baik dapat mewujudkan warna yang terang pada Neptun. Tiga gelang yang lebih cerah dikenali sebagai Galle, Adams dan Leverrier, iaitu sempena nama tiga tokoh yang terlibat dalam penemuan Neptun.
FAIL DATA NEPTUN
Garis pusat
49 500 km (Garisan Khatulistiwa)
Jisim
17.2  X  Bumi
Ketumpatan
1.8 (air=1)
Jarak Minimum Dari Matahari
4.46 bilion km
Jarak Maksimum Dari Matahari
4.54 bilion km
Siang/Malam
17 jam 6 minit
Jangka masa setahun
165 hari bumi
Kemiringan paksi
29° 36’
Graviti permukaan
1.2 X bumi
Suhu
-210°C
Satelit
8

SOALAN KUIZ "TREASURE HUNT-JOURNEY INTO SPACE"

Nama: ___________________________________     Tahun : __________

Jawab soalan-soalan di bawah berpandukan nama-nama planet yang di beri.

Uranus       Utarid         Neptun       Zuhal
Zuhrah       Musytari     Bumi          Marikh

A.   Tuliskan nama-nama planet mengikut turutan bermula daripada yang paling hampir dengan
      matahari.

1.______________________
2.______________________
3.______________________
4.______________________
5.______________________
6.______________________
7.______________________
8.______________________

B.    Tuliskan nama planet berdasarkan kepada ciri / keistimewaannya.

1.     Planet apakah yang berputar pada sisinya seperti roda?
        __________________________

2.     Planet ini merupakan planet yang paling cantik dalam Sistem Suria.
        __________________________

3.     Planet ini sangat istimewa kerana satu-satunya planet yang ada hidupan. Mempunyai air  
       dan udara.
      __________________________

4.     Saya paling hampir dengan Bumi. Saya juga dikenali sebagai  planet ‘KEJORA’.
       __________________________

5.     Planet biru. Planet yang paling jauh dalam Sistem Suria.
       __________________________

6.     Saya dikenali sebagai planet merah. Air di permukaan saya  semuanya menjadi ais.
       __________________________

7.     Planet apakah yang paling besar dalam Sistem Suria?
      __________________________

8.     Mempunyai orbit yang paling kecil dan mengambil masa  yang paling mengelilingi
        matahari. Planet yang paling panas.
       ___________________________
9.    Lukiskan sebuah kehidupan di planet bumi.