Page


Monday, April 29, 2013

SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia telah diadakan pada 22 April hingga 26 April 2013 di peringkat sekolah. Menurut Pertubuhan  Pendidikan,Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.    
Hari Buku Sedunia jatuh pada setiap tanggal 23 April. Tanggal tersebut merupakan tanggal lahir penulis William Shakespeare pada tahun 1564 dan wafatnya serta Miguel de Cervantes  pada tahun 1616. Oleh itu, Unesco menetapkan tarikh tersebut sebagai Hari Buku Sedunia sebagai bentuk penghormatan bagi kedua-dua tokoh tersebut yang dikategorikan sebagai penulis dunia yang berjasa di bidangnya. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang sambutan Hari Buku Sedunia dan menggalakkan orang ramai banyak meminjam buku serta memperoleh ilmu pengetahuan.
Buku merupakan sumber maklumat utama kepada sesiapa sahaja yang dapat mengeksplorasinya dengan baik lalu menerapkannya dalam kehidupan harian. Oleh itu, buku sering dikatakan sebagai jendela dunia. 


PERASMIAN OLEH GURU BESAR EN.ROSMAN BIN MANSOOR

BACAAN SAJAK OLEH MUHAMMAD AMMAR AQLAN BN ZULKEFLI DARI 5C






PERTANDINGAN MELUKIS POSTER GALAKAN MEMBACA







AKTIVITI "10 MINUTES READING BREAK"

 



PERTANDINGAN SUDUT INFO DAN BACAAN KELAS KREATIF










PENYAMPAIAN HADIAH OLEH GURU BESAR