Page


Saturday, January 19, 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA

KEJOHANAN MERENTAS DESA TELAH BERLANGSUNG PADA HARI JUMAAT, 18 JANUARI 2013





JOHAN KESELURUHAN : HOZINTH RAO  TAHUN 5 DARI RUMAH KUNING
JOHAN KESELURUHAN : NOR AIN SOFEA TAHUN 4 DARI RUMAH BIRU
TAHNIAH DIUCAPKAN..

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Pada hari Isnin,14 Januari 2013 watikah perlantikan pengawas telah diadakan di Dewan Lestari. Seramai 41 orang pengawas PSS menerima lantikan tugas dan tanggungjawab pada tahun 2013












MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA & MURID-MURID TAHUN 6


Majlis Perjumpaan ibu bapa & murid-murid tahun 6 telah diadakan pada hari Sabtu,5 Januari 2013..


Ust.Luqman membaca doa pembuka majlis
Ucapan oleh GB En.Rosman bin Mansoor  tentang pencapaian dan prestasi para pelajar dan harapan yang tinggi dalam UPSR 2013.
Guru Penyelaras Tahun 6: Pn.Noraliza Mat membentangkan program-program yang akan diadakan khususnya untuk para pelajar tahun 6 dari awal Januari sehinggalah akhir tahun 2013.
Barisan tenaga pengajar tahun 6.Duduk dari kiri: Pn.Haliza Shariff (Guru Sains), Pn.Telagavethi A/P Chandran (Guru Bahasa Inggeris) dan berdiri : Pn.Rubayah Musnih (Guru Bahasa Melayu)



Bacaan ikrar kecemerlangan oleh murid-murid Tahun 6







Saturday, January 12, 2013

MARI SAMA-SAMA PERKASAKAN PSS KE ARAH GEMILANG


TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER


SENARAI TUGAS KETUA BIDANG / KETUA PANITIA

1.         Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan  alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
       sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
2.         Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
3.         Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
4.         Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5.         Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru
6.         Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan
       berkualiti
7.         Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama guru NILAM
8.          Memantau pelaksanaan Program NILAM
9.          Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH


1.             Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
2.             Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
3.             Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
4.             Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
5.             Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
6.             Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
7.             Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
8.             Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam
         perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.


SENARAI TUGAS GURU MEDIA PENDIDIKAN

1.             Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
2.             Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
3.             Menyedia katalog Edu WebTV dan lain-lain media Teknologi
4.             Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
5.             Membuat  penilaian terhadap penggunaan Edu Web TV dari semasa ke semasa.
6.             Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan Edu Web TV dan bahan-bahan media 
          teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS.
7.              Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain,
          Kerani PSS dan Pengawas.
8.             Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber  bagi meninggikan tahap pencapaian 
         pengajaran dan pembelajaran.
9.             Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi 
         di PSS.
10.          Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS.
11.          Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS.
12.          Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan 
          sekolah.
13.          Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua

SENARAI TUGAS GURU NILAM

  1. Membantu memberi takimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun
  2. Membuat kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan
  3. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM
  4. Menganjurkan aktiviti program NILAM peringkat sekolah
  5. Menjadi urusetia pemberian anugerah NILAM peringkat sekolah
  6. Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG
  7. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid
  8. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat
  9. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan
  10. Mengumpul maklumat kertas kerja, laporan, bahan dan data NILAM
  11. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Pengerusi
  12. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid

SENARAI TUGAS GURU DATA NILAM

  1. Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan setiap bulan
  2. Memasukkan data ke pangkalan data
  3. Menganalisis data rekod membaca dan rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM
  4. Mengemaskini data NILAM
  5. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER



SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.             Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
2.             Menentukan sumber kewangan PSS.
3.             Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku
         dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
4.             Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
5.             Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu
         penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
6.             Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa
         akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain
         seperti pameran dan sebagainya.
7.             Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material.
         Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan
         sebagainya.

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA / GURU PERPUSTAKAAN MEDIA

1.      Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
2.      Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah
3.      Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber sekolah
4.      Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini
5.      Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
         yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
6.      Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu
7.      Merancang , melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman
         berhubung dengan pusat sumber sekolah .
8.      Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
9.      Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber
        secara kolaboratif
10.    Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/ PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan
        dan promosi pusat sumber sekolah
11.    Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah
12.    Menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja pusat sumber sekolah
13.    Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program pusat sumber sekolah
14.    Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
15.    Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri
16.    Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah
17.    Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta
        kewangan pusat sumber sekolah
18.    Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber dan NILAM kepada BTP melalui PKG
        dan BTPN
19.    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.














POSTER PSS








TAKWIM PERSEKOLAHAN 2013