Page


Saturday, January 12, 2013

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER


SENARAI TUGAS KETUA BIDANG / KETUA PANITIA

1.         Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan  alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
       sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
2.         Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
3.         Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
4.         Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5.         Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru
6.         Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan
       berkualiti
7.         Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama guru NILAM
8.          Memantau pelaksanaan Program NILAM
9.          Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH


1.             Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
2.             Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
3.             Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
4.             Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
5.             Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
6.             Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
7.             Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
8.             Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam
         perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.


SENARAI TUGAS GURU MEDIA PENDIDIKAN

1.             Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
2.             Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
3.             Menyedia katalog Edu WebTV dan lain-lain media Teknologi
4.             Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
5.             Membuat  penilaian terhadap penggunaan Edu Web TV dari semasa ke semasa.
6.             Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan Edu Web TV dan bahan-bahan media 
          teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS.
7.              Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain,
          Kerani PSS dan Pengawas.
8.             Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber  bagi meninggikan tahap pencapaian 
         pengajaran dan pembelajaran.
9.             Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi 
         di PSS.
10.          Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS.
11.          Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS.
12.          Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan 
          sekolah.
13.          Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua

SENARAI TUGAS GURU NILAM

  1. Membantu memberi takimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun
  2. Membuat kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan
  3. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM
  4. Menganjurkan aktiviti program NILAM peringkat sekolah
  5. Menjadi urusetia pemberian anugerah NILAM peringkat sekolah
  6. Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG
  7. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid
  8. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat
  9. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan
  10. Mengumpul maklumat kertas kerja, laporan, bahan dan data NILAM
  11. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Pengerusi
  12. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid

SENARAI TUGAS GURU DATA NILAM

  1. Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan setiap bulan
  2. Memasukkan data ke pangkalan data
  3. Menganalisis data rekod membaca dan rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM
  4. Mengemaskini data NILAM
  5. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid

No comments:

Post a Comment