Page


Saturday, January 12, 2013

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER



SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.             Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
2.             Menentukan sumber kewangan PSS.
3.             Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku
         dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
4.             Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
5.             Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu
         penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
6.             Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa
         akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain
         seperti pameran dan sebagainya.
7.             Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material.
         Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan
         sebagainya.

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA / GURU PERPUSTAKAAN MEDIA

1.      Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
2.      Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah
3.      Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber sekolah
4.      Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini
5.      Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
         yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
6.      Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu
7.      Merancang , melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman
         berhubung dengan pusat sumber sekolah .
8.      Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
9.      Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber
        secara kolaboratif
10.    Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/ PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan
        dan promosi pusat sumber sekolah
11.    Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah
12.    Menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja pusat sumber sekolah
13.    Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program pusat sumber sekolah
14.    Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
15.    Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri
16.    Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah
17.    Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta
        kewangan pusat sumber sekolah
18.    Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber dan NILAM kepada BTP melalui PKG
        dan BTPN
19.    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.














No comments:

Post a Comment