Page


Saturday, August 31, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA

Majlis Berbuka Puasa Perdana anjuran Kelab Guru Dan Staf SK Bandar Baru Selayang 2 (KKGS) telah diadakan pada hari Khamis 1 Ogos 2013 jam 7.30 petang bertempat di Kantin SK Bandar Baru Selayang 2. Antara jemputan yang turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YDP dan AJK PIBG bagi sesi 2013, serta seluruh ahli keluarga guru dan kakitanganSK Bandar Baru Selayang 2. Majlis dimulakan dengan program bacaan Yaasin dan Tahlil serta Solat Maghrib dan Sunat  Tarawikh yang telah diimankan oleh Tn Hj Hamdan Bin Sihab YDP PIBG SKBBS2 dan Ustaz Mohd Ehwan Bin Sarwani. Jamuan yang serba ringkas tetapi meriah telah disediakan dan disumbangkan oleh setiap warga KKGS. Majlis berakhir jam 10.00 malam dengan jamuan moreh bersama tetamu yang hadir.





KIDZANIA

Pada  hari Rabu, 24 Julai 2014 pihak Kidzania telah datang ke SKBBS2. Pelbagai aktiviti di adakan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang kerjaya.
























KURSUS FROG VLE

Kursus pengenalan FROG VLE ( Vitue Learning Envinronment ) telah diadakan di Makmal Komputer Sk Bandar Baru Selayang 2. Kursus yang dianjurkan adalah untuk memberi tunjuk cara pembinaan laman web pendidikan (Education Web) berasaskan FROG VLE untuk pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan ibu bapa. 




MARI BELAJAR ORIGAMI


Demo Seni Origami telah diadakan di Dataran Perhimpunan Sk Bandar Baru Selayang 2. Program yang dianjurkan oleh pihak sekolah telah menarik minat keseluruhan warga SK Bandar Baru Selayang 2 dan bertujuan untuk menunjukkan kreativiti yang boleh dihasilkan melalui kertas. Pelbagai aktiviti teknik gubahan menggunakan kertas yang dipotong dan dibentuk dengan pelbagai objek yang menarik dan bewarna-warni. Program Seni Origami telah dihoskan oleh tetamu jemputan luar yang dibawa khas untuk warga SK Bandar Baru Selayang 2.