Page


Saturday, August 31, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA

Majlis Berbuka Puasa Perdana anjuran Kelab Guru Dan Staf SK Bandar Baru Selayang 2 (KKGS) telah diadakan pada hari Khamis 1 Ogos 2013 jam 7.30 petang bertempat di Kantin SK Bandar Baru Selayang 2. Antara jemputan yang turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YDP dan AJK PIBG bagi sesi 2013, serta seluruh ahli keluarga guru dan kakitanganSK Bandar Baru Selayang 2. Majlis dimulakan dengan program bacaan Yaasin dan Tahlil serta Solat Maghrib dan Sunat  Tarawikh yang telah diimankan oleh Tn Hj Hamdan Bin Sihab YDP PIBG SKBBS2 dan Ustaz Mohd Ehwan Bin Sarwani. Jamuan yang serba ringkas tetapi meriah telah disediakan dan disumbangkan oleh setiap warga KKGS. Majlis berakhir jam 10.00 malam dengan jamuan moreh bersama tetamu yang hadir.





1 comment: