
1. Kemudahan Fizikal, Peralatan &
Bahan
1.1 Lokasi
PSS Induk & Bilik Media/BBM
Terletak di tempat yang strategik.
1.2 Susun
Atur Bilik/Ruang
Bilik dan ruang
mencukupi untuk menampung sekurang-kurangnya 10% enrolmen pelajar. Ini termasuk
bilik dan ruang untuk kaunter, pameran, perabot, bahan/rujukan, tayangan,
belajar secara individu dan kumpulan, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
1.3 Perabot
Kelengkapan perabot yang
mencukupi dan memuaskan, termasuk kaunter, rak buku, kerusi, meja, papan
maklumat dll.
1.4 Bahan
Cetak
Mempunyai pelbagai bahan
cetak yang menepati kualiti dan kuantiti. Ini termasuk buku, akhbar, majalah,
jurnal, risalah, peta, carta dll.
1.5 Bahan
Bukan Cetak
Koleksi pelbagai bahan
bukan cetak. Ini termasuk model, globe, transparensi, slaid, kaset audio &
video, CD dll.
1.6 Peralatan
Mempunyai peralatan elektronik atau bukan
elektronik yang mencukupi. Ini termasuk OHP, pellbagai projektor, radio kaset,
TV, VCR, kamera, komputer, LCD dll.
1.7 Alat
Keselamatan
Mempunyai alat pemadam api, pelan keselamatan, peraturan keselamatan
beserta arahan-arahan dan peti kecemasan.
2. Pengurusan dan Pengelolaan
2.1 Struktur
Organisasi
Menyediakan dan mempamerkan struktur organisasi PSS yang lengkap. Ini
termasuk JK Induk, JK Kerja, JK Panitia Mata pelajaran dan Pengawas
Perpustakaan.
2.2 Rancangan
Tahunan
Menyediakan rancangan tahunan yang lengkap. Dikemukakan dalam
mesyuarat JK kurikulum atau
mesyuarat guru supaya semua aktiviti
akan dimasukkan dalam takwim sekolah.
2.3 Dokumen dan Rekod
a. Pengurusan PSS perlu ada
pelbagai rekod dan dokumen:
· Fail kuasa
· Peraturan-peraturan
· Buku stok perolehan
· Rekod pinjaman
· Semakan stok dan hapus kira
· Belanjawan dan perbelanjaan
· Penyenggaraan
· Aktiviti dan kajian
· Pencapaian dan kejayaan
b. Pengelolaan
koleksi – Semua koleksi PSS perlu dikelolakan dengan baik. Ini termasuk
indeksing, pengkelasan, pengkatalogan dan automasi. Katalog buku dan bahan
bukan buku perlu dipusatkan (centralised) bagi memudahkan pengguna.
c. Pengelolaan
perabot, kelengkapan serta peralatan perlu
direkod
dan dikelolakan dengan baik.
2.4 Keceriaan
Keadaan dalam dan luar PSS perlu kemas dan ceria untuk menarik minat
pengunjung.
2.5 Penglibatan
Warga Sekolah dan Komuniti
Penglibatan warga sekolah dan komuniti dalam
membantu dan menyokong pengurusan dan pengelolaan PSS.
3. Penggunaan
PSS
3.1 Waktu Operasi
Setiap sekolah perlu memperuntukan waktu yang sesuai untuk pengguna
berkunjung ke PSS.
3.2 Jadual Waktu
Jadual waktu lengkap tentang penggunaan PSS perlu disediakan dan dipamerkan
di tempat-tempat yang mudah dibaca oleh pengguna.
3.3 Urusan Pinjaman
Semua urusan pinjaman yang melibatkan guru dan pelajar perlu diurus dengan
sempurna dan direkodkan. Ia meliputi pinjaman secara individu juga kelompok.
3.4 Penggunaan TVP
Penggunaan TVP secara `on-air’ atau `off-air’ perlu digalakkan. Sediakan
jadual waktu khas dan rekodkan penggunaannya.
3.5 Pameran
Menganjurkan aktiviri pameran dari masa ke masa mengikut tema tertentu.
3.6 Aktiviti Galakan
Menjalankan pelbagai aktiviti galakan untuk menarik pengguna datang ke PSS.
3.7 Pembelajaran Kendiri
Perlu disediakan ruang/sudut pembelajaran kendiri. Rekod penggunaannya
perlu disediakan dengan sempurna.
3.8 Bahan Promosi/Publisiti
Mengadakan pelbagai bahan promosi untuk menggalak pengguna seperti sesi
orientasi, ceramah buku , penerbitan brosur dan senarai bahan baru.
3.9 Kemahiran Maklumat
Mengadakan latihan, kursus atau bengkel kemahiran maklumat dan IT kepada
pelajar dan guru-guru dari masa ke masa.
3.10 Menghasilkan Bahan dan Perisian
Sentiasa memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menghasilkan bahan
dan perisian untuk membantu proses P & P.
4.
Program
NILAM
4.1 Pengurusan Program
Program perlu diurus dengan sistematik. Adanya Jawatankuasa, senarai dan
pembahagian tugas.
4.2 Pelaksanaan Tugas
Semua pelajar terlibat.
4.3 Dokumen dan Rekod
Rekod pengguna diurus dengan baik. Ini termasuklah rekod pelajar; rekod
guru matapelajaran khususnya matapelajaran BM dan BI; rekod guru kelas dan
tingkatan; dan rekod sekolah. Rekod-rekod ini diketahui oleh masyarakat
sekolah.
4.4 Pencapaian
Perlu ada beberapa peratus pelajar mencapai tahap Jauhari dan Rakan
Pembaca.
4.5 Pengiktirafan
Pengiktirafan pencapaian semua pelajar direkodkan ke dalam buku rekod
pelajar dan adanya system pengiktirafan yang formal. Contohnya, dengan
mengeluarkan sijil.
5. Program
Peningkatan PSS
5.1 Rancangan Pembangunan Jangka Panjang
Setiap PSS sepatutnya mempunyai perancangan jangka panjang yang konkrit dan
menyeluruh untuk meningkatkan PSS dalam jangka masa 3 hingga 5 tahun.
5.2 Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS
Mempunyai perancangan yang khusus untuk mempertingkatkan kemudahan
bilik/ruang, peralatan, kelengkapan dan koleksi bahan berasaskan ICT terkini
bagi menampung keperluan semasa.
5.3 Pengautomasian
Melaksanakan pengurusan dan pengelolaan PSS secara elektronik.
5.4 Kewangan
Melaksanakan pelbagai aktiviti secara berterusan untu menambah sumber
kewangan.
5.5 Kewangan PSS
Menggunakan sumber kewangan yang diperoleh dengan sebaik mungkin untuk
mempertingkatkan PSS. Rekod penggunaan perlu disediakan dengan sempurna.
5.6 Latihan Kemahiran
Merancang dan melaksanakan program latihan, khususnya yang berkaitan dengan
teknologi terkini untuk mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan PSS.
5.7 Penilaian dan Kajian
Untuk meningkatkan mutu pengurusan dan penggunaan PSS, penilaian dan kajian
keperluan perlu dijalankan secara berterusan.
6. Jadikan PSS Cemerlang 2002,
2003 dan 2004 sebagai contoh kerana semua PSS yang berjaya telah menunjukkan
ciri-ciri positif seperti berikut:
6.1 Sekolah dilihat Sebagai Satu Keluarga.
Apa jua program yang diadakan pasti semua akan terlibat secara ‘total’ – dari
Pengetua/Guru Besar hinggalah kepada guru-guru, kakitangan sokongan dan
ibubapa.
6.2 Pengetua/Guru Besar Berfikiran Terbuka -
sentiasa bersedia dan mahu menerima idea baru/luar semata-mata untuk
kecemerlangan sekolahnya.
6.3 Mempunyai Perancangan
Strategik.
6.4 Memahami Konsep, Peranan
dan Fungsi PSS.
6.5 Menjadikan PSS payung kepada segala
aktiviti pemerolehan, penghasilan dan penggunaan sumber.
6.6 Penglibatan panitia matapelajaran dalam
Jawatankuasa PSS secara langsung mempertingkatkan penggunaan PSS dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
6.7 Mengadakan pelbagai program bagi
memastikan PSS digunakan ke peringkat optimum.
6.8 Tempat dan ruang yang ada digunakan
sepenuhnya bagi menjana pemikiran aktif dan kreatif pelajar.
6.9 Kekurangan yang ada tidak dilihat sebagai
masalah, tetapi sebagai cabaran dan lantas menjadi lebih kreatif dan inovatif.
6.10 Perkembangan dan kemudahan teknologi baru
digunakan sepenuhnya samada untuk automasi PSS mahupun membina perisian dan
mewujudkan laman web.
6.11 Kehadiran kemudahan dan sumber teknologi terkini
seperti CD-ROM dan INTERNET tidak menjejaskan penggunaan sumber tradisional
seperti carta, pita video dan sebagainya. Malah bahan-bahan tradisi ini tetap
diurus, dikelola dengan baik dan digunakan secara optimum.
PELAKSANAAN
Pada dasarnya setiap Pejabat Pelajaran Gabungan
akan mencalonkan 5 buah PSS Cemerlang peringkat Gabungan masing-masing ( satu
PSS Rendah Bandar, satu PSS Rendah Luar Bandar, satu PSS Menengah Bandar, dan
satu PSS menengah Luar Bandar dan satu PSS SKM ) untuk dipertandingkan ke
peringkat negeri.
1.1
Penilaian dibuat berasaskan prestasi PSS sepanjang
tahun 2005. Namun begitu aspek-aspek
berterusan dan kesinambungan tentang pelaksanaan program PSS turut diambilkira
dan dipertimbangan. Skop dan bidang yang ditetapkan dalam penilaian ialah:-
6.1.1 Bahagian I – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (10%)
(Lokasi PSS Induk
& Bilik Media/BBM, Ruang/ Kemudahan Tambahan, Susunatur Bilik dan Ruang,
Perabot dan Kelengkapan, Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Alat
Keselamatan)
6.1.2 Bahagian II –
Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%)
(Struktur Organisasi, Rancangan Tahunan, Pengurusan Kewangan PSS, Dokumen
dan Rekod – Pengurusan PSS, Pengelolaan Koleksi, Pengelolaan Peralatan,
Pengelolaan Perabot dan Kelengkapan, Keceriaan, Penglibatan Warga Sekolah dan
Komuniti)
6.1.3 Bahagian III - Penggunaan PSS
(45%)
(Waktu operasi
PSS, Jadual waktu, Pinjam-Meminjam –Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan,
Pinjaman Secara Kelompok, Penggunaan Rancangan TV Pendidikan, Aktiviti Pameran,
Aktiviti Galakan, Pembelajaran Kendiri, Bahan Promosi/Publisiti, Kemahiran
Maklumat, Penghasilan Bahan dan Perisian)
6.1.4 Bahagian IV -
Program Gerakan Membaca (20%)
(Pengurusan
Program Gerakan Membaca, Pelaksanaan, Dokumen dan Rekod, Pencapaian, Pengiktirafan)
6.1.5 Bahagian V - Program Peningkatan PSS (10%)
(Rancangan
Pembangunan Jangka Panjang, Naiktaraf Kemudahan
ICT di PSS, Pengautomasian, Kewangan PSS, Penggunaan Sumber Kewangan,
Latihan Kemahiran, Penilaian dan Kajian)
6.1.6 Bahagian VI - Kriteria Khusus
(Ciri
Keistimewaan yang tidak termasuk dalam Bahagian I hingga V)
No comments:
Post a Comment